Thursday, 29 December 2011

Mesyuarat Tahunan Mkeg Enterprise Bagi Tahun Berakhir 2011

Satu mesyuarat telah diadakan bertempat di Bahagian Pengeluaran Mkeg Enterprise hari ini 29 Disember 2011 pada jam 9:15 pagi dan ditangguhkan pada jam 10:20 pagi. 

Pembentangan isu-isu semasa berkaitan pencapaian syarikat serta aktiviti-aktiviti penambahbaikan yang sedang dan akan dilaksanakan secara berperingkat.

Beberapa perkara yang ditekankan pada mesyuarat kali ini adalah tentang skop kerja, penambahbaikan kualiti kerja, persekitaran tempat kerja dan pihak syarikat berganding bahu bersama mencari kaedah yang terbaik didalam merealisasikan objektif serta visi syarikat.

Antara yang menarik pada seisi mesyuarat pada kali ini adalah bermula pada awal tahun 2012, pihak syarikat akan menaja skim perlindungan insuran kepada seluruh warga kerja Mkeg Enterprise bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pekerja sentiasa terjamin. Pihak syarikat yang menyedari warga kerja adalah satu aset yang amat penting akan cuba untuk mencari sesuatu yang baik untuk dikongsikan bersama dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment